Tiba-tiba hari ini terasa mahu menulis dalam Bahasa Malaysia. My first BM post.
Aku penat.
Tatkala rakan-rakan yang lain sibuk pergi hari orientasi pertama mereka di kolej, aku masih di sini, termangu-mangu ke mana arah tujuan aku seterusnya. Ada peluang ke HELP University College dengan bayaran hampir separuh aku lepaskan. Ada tawaran masuk ke KYUEM untuk Januari aku lepaskan juga. Apa yang aku ada sekarang hanya diri dan masa, sambil mencongak apa lagi yang nak dilakukan. Nasib baik ada juga kerja dekat MERCY Malaysia. Kalau tak, dah lama mati kutu di rumah.
Aku penat.
Tatkala negara kecoh dengan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Kristian dan pembakaran/pengeboman gereja-gereja Kristian, aku masih di sini, terkilan melihat apa yang sudah terjadi pada negaraku. Ahli politik pada mulanya bukan main lagi menjunjung tinggi konsep 1Malaysia dan bila ini berlaku, merekalah yang paling cepat melatah, menyemarakkan lagi api yang sudah membara. Kadang-kadang aku tertanya, mereka ingat ini pentas lakonan di mana mereka boleh berkelakuan sebegini rupa ya? Entah la.
Aku penat.
Tatkala hidup ini dipenuhi bermacam-macam jenis manusia, yang baik dan yang jahat. Ada juga terselit satu dua muka bangsat yang dekat dengan aku. Tak tahu lagi yang mana ikhlas atau yang bermuka-muka. Semua nampak macam sama. Kalau nak berkata lebih di sini, nanti ada pula yang cepat melatah dan terasa hati. Ahh, biarkan mereka dan kebangsatan mereka!
Kerana aku sudah penat.
Penat memikirkan apa yang nak dilakukan selepas ini.
Penat melihat negara tunggang terbalik.
Penat menghadap manusia yang berbagai jenis ragamnya.
Aku penat.
1 comment:
Rasulullah tidak pernah penat.Life is not about what we see but how we do things to make this world a better place for all.Thank you for helping the family look after Wan.Now that is penat but Allah will reward you.I'm sure after SPM things will go your way.Here's praying for your future.
Post a Comment